KEBAKARAN STRUKTUR BANGUNAN PEJABAT DAN RUMAH PEKERJA SEBUAH SYARIKAT DI BATU 36 TAWAU

OLEH AHMAD TAMRIN

TAWAU: Bangunan pejabat dan rumah pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Kunak, Batu 36 Tawau musnah 90 % dalam kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.00 petang melalui talian MERS999. Pasukan Bomba dari Tawau dan Kunak telah respon ke lokasi kejadian.

Dua buah jentera bomba dan 2 buah jentera  EMRS dan 1 buah kenderaan utiliti  diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Penolong Penguasa Bomba Mazlan Sarman  bersama 15 orang anggota telah melakukan operasi pemadaman kebakaran. 

Menurut Komander Operasi, kebakaran melibatkan bangunan 1 tingkat dimana tingkat bawah menempatkan ruang pejabat dan tingkat atas
menempatkan rumah pekerja. 

Kemusnahan keseluruhan adalah 90%. Operasi dapat dikawal pada jam 2.57 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 4.21 petang. 

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.