Dua orang saspek (duduk) bersama peralatan dan hasil ikan yang ditahan oleh PPM Semporna
Oleh Ahmad Tamrin
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah berjaya menahan dua buah pam bot yang terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan semalam.
Pada jam lebih kurang 2.30 petang, bertindak atas maklumat dari Unit Risikan Marin (URM) Semporna, di kawasan Laut Tanjung Sironggol, PPM Semporna telah berjaya menahan dua buah pam bot masing-masing di juragani oleh dua lelaki.
Saspek yang ditahan terdiri dari satu lelaki Pala’uh dan lelaki berbangsa Bajau Bukan Warganegara berusia 50 tahun dan 34 Tahun yang berasal dari Kg. Bangau Bangau dan Tanjung Kapor di sini.
Komander PPM.Sabah ACP Mohd Pajeri Hj Ali berkata, taktik licik mereka bagi mengelak dari ditangkap oleh pasukan keselamatan berjaya dihidu apabila satu bot melakukan kerja pengeboman setelah mengebom bot tersebut meninggalkan kawasan tempat kejadian kemudian satu bot lain akan datang mengutip hasil ikan.
Menurutnya, namun tindakan pantas PPM Semporna menahan kedua-dua bot tersebut berjaya mengekang bot tersebut sebelum melarikan diri, kata Mohamad Pajeri.
Kes disiasat dibawah seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan1985. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM 20,000 dan penjara maksimum dua tahun, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK