APM TANGKAP ULAR TEDUNG DAN BIAWAK

Anggota APM menangkap ular tedung di Taman Fajar Perdana, Sandakan

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya menangkap seekor ular tedung dan seekor biawak masing-masing di Sandakan dan Kinabatangan hari ini.

Sepasukan anggota APM Sandakan diketuai Koperal  Azreyansa Bali dan Leftenan M Mainah Omar selaku pegawai pemantau, telah bergegas ke Taman Fajar Perdana, Batu 7 pada jam 9.58 pagi sebaik sahaja menerima panggilan dari seorang lelaki yang terlihat ular tedung  ditepi pasu bunga belakang rumahnya.

Pegawai APM Sandakan Kepten APM Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata  ular tedung sepanjang 1 meter dan berat 500 gram itu berjaya ditangkap oleh pasukan APM sebelum dihantar ke habitat asal.

Sementara itu,  APM Kinabatangan telah menangkap seekor biawak panjang 0.6 meter dan berat 600 gram di Kampung Usaha Jaya tengahari tadi. ,Pemilik rumah  melihat kucingnya mengejar seekor biawak sehingga masuk ke dalam rumahnya semasa beliau duduk di beranda rumah. 

Biawak yang masuk di bawah kusyen membuatkan beliau berasa risau akan keselamatan keluarganya dan kemudian segera menghubungi talian Mers 999 untuk mendapatkan khidmat bantuan.

 Setiba di lokasi , anggota APM diketuai oleh Koperal Sablie Salim  menyiapkan peralatan untuk menangkap biawak tersebut sebelum melepaskannya semula ke hutan.