Rombongan dari Syarikat Ladang Kelapa Sawit Melangking semasa lawatan sambil belajar ke Batalion 20 Pasukan Gerakan Am Beluran
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Seramai 110 warga sebuah syarikat ladang sawit telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran di Batu 12 Jalan Labuk sini semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran ACP Mohd Nasaruddin M Nasir mengalu alukan rombongan lawatan yang terdiri dari 42 pelajar dan 60 ibubapa dan 3 guru serta Al Shafieq Mustafah, Plantation Controller Syarikat Ladang Kelapa Sawit Melangking.
Menurut Mohd Nasaruddin, lawatan itu diadakan sempena program “Community Policing” Batalion 20 PGA Beluran.
Adalah diharapkan dengan hubungan baik yang terjalin ini akan memberikan kebaikan dan motivasi kepada adik-adik pelajar dan keluarga peladang Melangking dengan merapati lagi polis dan polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan, kata Mohd Nasaruddin.
Rombongan berkenaan turut membuat lawatan ke sepilok, RDC dan membuat lawatan sekitar bandar Sandakan. Keseluruhan pelajar yang berusia di antara 4 hingga 12 tahun merupakan anak-anak perkerja ladang dan berasal dari Indonesia.
Mereka mendapat pendidikan khas di sekolah-sekolah yang disediakan oleh pihak pengurusan Ladang Melangking dengan menggunakan silibus pembelajaran yang ditetapkan.
Menurut Shafiq , mereka ini julung-julung kali dibawa keluar melalui program lawatan sambil belajar dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Batalion 20 PGA yang sudi menerima kedatangan mereka dan jamuan makan tengahari disediakan okeh pihak batalion PGA 20 Beluran bersama PERKEP Batalion 20 PGA.
Mereka juga dipersembahkan oleh nyanyian dan hiburan oleh Green Band 20 PGA dan pameran senjatapi dan kenderaan Armoured Personnel vehicle’s (JAWS) milik PGA 20.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ