TAWAU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau telah menyelesaikan 131 daripada 159 aduan pengguna sepanjang tahun ini, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tawau, Aslani Dabi.
Katanya, daripada bakinya itu, 11 masih dalam siasatan, manakala selebihnya diserahkan kepada pihak berkuasa lain untuk tindakan lanjut.
“Pada tahun ini, KPDNHEP telah membuka 160 kes membabitkan barang rampasan bernilai RM606,334 dan kompaun berjumlah RM35,950,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Apresiasi KPDNHEP bersama media di sini malam tadi.
Malam apresiasi itu dirasmikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Amrullah Kamal.
Aslani turut melahirkan penghargaan kepada media atas kerjasama dalam membantu KPDNHEP, khususnya dalam hal berkaitan kepenggunaan.
Amrullah menyifatkan majlis itu merupakan inisiatif KPDNHEP untuk mengiktiraf sumbangan media sambil mengeratkan hubungan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK