PATI warga Filipina yang diusir ke negara asal melalui pelabuhan Sandakan semalam
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Seramai 562 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina telah diusir ke negara asal melalui pelabuhan sini semalam.
Angka ini menjadikan jumlah PATI yang telah diusir sepanjang tahun 2019 adalah seramai 12,948 orang manakala jumlah keseluruhan pengusiran PATI sejak tahun 1990 adalah 590,972 orang.
Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah (MKN Sabah) akan terus menyelaras tanggungjawab bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pelbagai agensi yang lain untuk mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal.
Demikian dinyatakan oleh Pengarah Keselamatan Negeri MKN Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof dalam satu kenyataan semalam.
MKN Sabah ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu menjayakan proses pengusiran pati demi menunaikan amanah dan kepercayaan rakyat yang tidak inginkan kebanjiran pati di malaysia khususnya di negeri sabah, tambah beliau.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ