MAYAT LELAKI DIPERCAYAI MANGSA LANGGAR LARI DITEMUI DI TEPI JALAN

Mayat mangsa kes langgar lari ditemui di tepi jalan di Simpang Tun Fuad, KM71 Jalan Tawau-Kunak,

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa langgar lari telah ditemui di Simpang Tun Fuad , KM71 Jalan Tawau-Kunak, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas berkata mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap tanpa baju di tepi jalan pada jam lebih kurang 2.30 petang.

“Berdasarkan luka pada mangsa serta penemuan serpihan kenderaan berhampiran mayat mendorong pihak polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kes langgar lari,” kata Peter.

Mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat, tambah Peter.

Menurut Peter , siasatan  dijalankan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan.

Beliau juga memberitahu bahawa jalanraya berkeadaan baik serta bertar serta keadaan cuaca di lokasi kejadian adalah baik.