Mohamad Pajeri (tengah) serta rombongan bersama Pengarah APMM Tawau Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam dan pegawai lain semasa lawatan ke pejabat APMM Tawau semalam.
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah telah jalinkan kerjasama bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau di pejabat APMM Tawau semalam.
Banyak perkara dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak untuk membanteras jenayah rentas sempadan di kawasan masing-masing serta berkongsi pandangan dan maklumat untuk mengekalkan keamanan perairan Sabah khususnya di daerah Tawau.
Komander PPM Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali berkata, antara isu yang dibincangkan semasa perjumpaan adalah isu-isu berkait rapat berkenaan jenayah rentas sempadan.
Selain itu, PPM akan berkerjasama dengan APMM dalam pelbagai operasi khususnya semasa penugasan yang dijalankan perairan Tawau.
Menurutnya lagi, antara isu yang paling penting yang dibincangkan lagi adalah pelan tindakan kedua-dua pihak untuk bersama-sama menjaga peraiaran Tawau supaya lebih diperketatkan lagi kawalan dan tangani masalah seperti penyeludupan, PATI dan sebagainya.
Program ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan membincangkan kerjasama operasi yang akan dijalankan bagi menguatkuasakan undang-undang di laut dan membanteras jenayah rentas sempadan terutamanya pada musim perayaan Krismas, Tahun Baru 2020 serta Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.
Turut hadir pada majlis tersebut pegawai pemerintah markas operasi PPM Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ