PETER GESA KAKITANGAN JKR JAYAKAN AGENDA PEMBANGUNAN NEGERI SABAH DENGAN SEBAIKNYA

Abdul Muis menyampaikan APC JKR kepada salah seorang penerima bagi kategori pegawai kumpulan pengurusan

Oleh Nio James

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony menggesa semua kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) agar menjayakan agenda pembangunan negeri ini dengan sebaik-baiknya.

Beliau berkata, jika agenda pembangunan negeri Sabah gagal dijayakan maka Sabah akan menjadi negeri yang rapuh dan mundur, dan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, curahkanlah segala khidmat kita kepada jabatan ini dan berkhidmatlah dengan cemerlang kerana khidmat pada negara dan bangsa adalah pengorbanan yang bernilai dan kepentinganya tidak akan dapat diukur dan diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pengiktirafan dan Penghargaan JKR 2019, bertempat di Dewan Serbaguna KPI/JKR, Sembulan, disini, hari ini.

PEGHARGAAN…Abdul Muis (mewakili Peter) menerima cenderakenangan daripada Richard

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Abdul Muis Picho.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Pengarah JKR Sabah, Datuk Richard Jomiji.

Peter berkata,  kecemerlangan JKR Sabah bergantung kepada perkhidmatan efisien yang berkesan dan usaha serta sokongan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan jabatan itu diseluruh negeri Sabah.

Katanya, khidmat yang terpuji dan cemerlang mesti selaras dengan integriti unggul dan pertanggungjawaban.

“Kecemerlangan tidak bermakna jika ia tidak disaluti dengan sifat amanah, jujur ​​dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa di Jabatan itu, atau di dalam Kementerian tidak pernah berkompromi dengan apa-apa kejahilan integriti dan amalan rasuah.

“Saya difahamkan pada tahun 2019, program ini telah diadakan untuk kakitangan JKR di seluruh Negeri Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPAN),” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada JKR kerana sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memantapkan kakitangan integriti.

Katanya, usaha itu mesti dipertingkatkan lagi kerana ia sangat penting dalam memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan benar beramanah.

“la adalah gejala yang mesti kita hindari walau apa pun implikasinya.  Ini kerana Malaysia berada dalam era baru.  Era yang meletakkan ketelusan, tanggungjawab dan perkhidmatan berdasarkan nilai terbaik sebagai naratifnya baru,” katanya.

Seramai 87 warga JKR di seluruh negeri Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), disampaikan oleh Muis dan Safar.

Majlis tahunan ini diadakan adalah untuk menghargai mereka yang telah memberikan sumbangan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang bagi tahun 2018 di JKR Sabah dari seluruh negeri.

Peter mengucapkan syabas kepada semua penerima APC di atas pencapaian cemerlang prestasi kerja tahun 2018.

Penerima anugerah adalah terdiri daripada semua kategori gred daripada pegawai kumpulan pengurusan sehinggalah kumpulan sokongan 1 dan 2. 

Beluau juga mengucapkan tahniah kepada semua cawangan dan pejabat JKR daerah di seluruh negeri Sabah yang telah terpilih menerima anugerah kerana telah menunjukkan pengurusan pejabat yang terbaik di peringkat cawangan atau daerah.