TAWAU: Syarikat koperasi ladang sawit di Tawau diingatkan untuk mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebelum akhir tahun ini.
Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Tawau Khatijah Sunardi berkata langkah itu untuk memudahkan penjualan buah sawit daripada syarikat koperasi berkenaan.
“Pensijilan MSPO wajib kepada semua perusahaan ladang sawit.
“Ini (pensijilan MSPO) bukan atas kehendak kerajaan sahaja tetapi juga kehendak dunia,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Koperasi Inderasabah Bhd ke-28 di sini hari ini.
Khatijah turut memberitahu masih banyak syarikat koperasi yang mengusahakan perladangan sawit di Tawau tetapi belum memohon untuk mendapatkan pensijilan MSPO.
Mulai 1 Jan depan, semua kos pensijilan perlu ditanggung oleh pihak pengusaha sawit tanpa insentif kerajaan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ