PEMUDA DAP SEDIA KEMPEN BANTU CALON WARISAN

Phoong (tengah) bersama pergerakan pemuda DAP Sabah dan ketua masyarakat Cina Pekan Membakut.

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda DAP Negeri Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, jentera DAP dan Pergerakan Pemuda parti itu telah bersedia berkempen untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihanraya Kecil Kimanis yang akan datang.

Phoong, yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah telah turun padang untuk melawat ke Pekan Membakut pagi tadi.

Beliau diiringi beberapa pemimpin setempat termasuk Timbalan Ketua Bahagian Warisan Kimanis Tailin Mainan, Ketua Masyarakat Cina Kapitan Wong Yun Fook dan Kapitan Wong Chee Kiong.

Turut serta termasuk rombongan pemimpin DAP Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Likas merangkap Penolong Setiausaha DAP Sabah Tan Lee Fatt,  Setiausaha Organisasi DAP Sabah Henry Shim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Luyang Chin Thau Kwong, Setiausaha Pemuda DAP Sabah Jolin Puan dan Setiausaha Penganjur Pemuda DAP Sabah George Wong.

Phoong berkata, atas semangat setiakawan, jentera DAP bersiap sedia bekerjasama dengan jentera Warisan, supaya perpaduan dalam kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dapat dilihat.

Phoong meluang masa bertemua dan berama mersra dengan pemilik kedai di Pekan Membakut

Beliau yakin bahawa rakyat Sabah dapat merasai Kerajaan Negeri Sabah gabungan Warisan-Pakatan Harapan sedang bekerja keras untuk membangunkan Sabah demi kesejahteraan seluruh rakyat, dan  perpaduan kaum dan agama dapat dipelihara dengan baik di bawah pimpinan Shafie.

Katanya, Shafie amat prihatin dengan kebajikan anak-anak muda. “Bajet pembangunan belia ditambah.

“Keusahawanan belia diberi keutamaan. Beliau juga kerja bertungkus lumus untuk mewujudkan lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda.” kata Phoong ketika bertemu dan beramah-mesra dengan golongan belia setempat.

Di samping itu, Phoong juga telah berjumpa dengan beberapa pemilik kedai milik masyarakat Cina di Membakut untuk mendengar suara mereka.

Beliau menyeru agar masyarakat Cina di pekan itu untuk terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan serta Kerajaan Negeri pimpinan Warisan.