Petugas APM Kinabatangan menangkap ular di Kampung Paris 3 pagi tadi
Oleh Faizal Rahman
KINABATANGAN : Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini telah menangkap seekor ular hitam panjang 1.2 meter dengan berat 700 gram di Kampung Paris 3 pagi tadi.
Seorang suri rumah berumur 33 tahun telah melihat ular tersebut melingkar di balik dinding dapur rumahnya apabila dia pergi ke dapur.
Risau akan keselamatan keluarganya, beliau segera menghubungi talian MERS 999 pada jam 7.32 pagi untuk mendapatkan khidmat bantuan.
Setelah menerima maklumat dari MERS 999, sepasukan petugas APM diketuai oleh Prebet (PA) Raffee Hj Salleh terus bergegas ke lokasi untuk menangkap ular dengan peralatan khas sebelum melepaskannya semula ke hutan.
Petugas APM kemudian menamatkan operasi dan balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada jam 10.30 pagi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ