Dua lelaki Palauh ditahan bersama ikan dan peralatan oleh PPM Semporna semalam
BY FAIZAL RAHMAN
SEMPORNA: Dua lelaki Palauh ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna kerana melakukan aktiviti bom ikan di perairan sini semalam.
Saspek berumur 20an dan 40an tahun yang berasal dari Kampung Labuan Haji, Pulau Bum Bum ditahan oleh pasukan PPM dan hampir 20 kilogram ikan pelbagai disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan turut dirampas pada lebih kurang jam 9.00 malam.
Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua tangkapan dan rampasan termasuk pam bot yang dianggarkan bernilai RM 8,120 dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan1985.
Dalam kes berasingan, PPM Semporna berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan berumur 27 tahun dan rampas 425 liter minyak petrol di jeti Kampung Air disini pada jam 12.30 tengahari Disember 31 lepas, kata Mohamad Pajeri.
Bertindak atas maklumat, pasukan PPM yang menjalankan operasi cegah jenayah sempena cuti perayaan telah memeriksa sebuah bot laju di jeti berkenaan dan menemui 17 jerikin x 25 liter minyak petrol di ruang bot tersebut disyaki hendak diseludup ke negara Filipina, kata Mohamad Pajeri.
Menurut Mohamad Pajeri, saspek gagal menunjukkan sebarang dokumen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) semasa diperiksa oleh anggota PPM.
Jumlah nilai rampasan dianggarkan RM 16,956.50 termasuk bot laju, enjin sangkut 40 HP dan minyak petrol, tambah beliau.
Mohamad Pajeri memberitahu bahawa saspek dan rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK