SANDAKAN: Lima penumpang cedera selepas bas mini henti-henti yang mereka naiki merempuh tiang elektrik di Jalan Batu Putih, Batu 7, pagi kelmarin.
Dalam kejadian itu, semua mangsa dikatakan menaiki bas mini berkenaan dari pusat bandar untuk pulang ke Kampung Batu Putih, kira-kira jam 11.30 pagi.
Namun, sebaik melepasi jalan berselekoh, bas itu dipercayai bas hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.
Akibat rempuhan itu, bas mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala lima penumpang yang cedera dikenali sebagai Hayati Junede, 58; Amelia Jaapal, 74; Abdul Rifin Hasan, 35; Aldang Mad, 40, dan Noel Parrenas Parreno, 53.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, berkata pemandu bas yang berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.
“Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut.
“Kita minta saksi kejadian agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Azhar berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK