LABUAN: Sebanyak tujuh kontena berisi minuman keras yang dianggarkan bernilai RM1.95 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan di kawaaan penyimpanan kontena Pelabuhan Merdeka, di sini, semalam.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas tujuh kontena di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 124,175 liter minuman keras bernilai RM595,380 dengan jumlah cukai RM1.95 juta.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kontena itu diisytiharkan sebagai ‘Drilling Equipment’ dan ‘Lubricating Oil’,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, semua barangan itu disyaki cuba diseludup dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.
“JKDM meminta orang ramai supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barangan,” katanya.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK