KOTA BELUD: Polis Kota Belud berjaya menahan enam lelaki termasuk dua pengedar dadah dalam Op Sarang di daerah ini, semalam.
Serbuan antara jam 3 hingga 6 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud yang mengenalpasti lokasi berkenaan sebagai salah satu kawasan tumpuan jenayah narkotik.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, kedua-dua pengedar dadah itu ditahan di Kampung Kesapang dan Kampung Rampayan Laut.
“Polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 51.67 gram dan 5.23 gram yang dianggarkan bernilai RM8,534 mengikut harga pasaran semasa.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah kawasan Kampung Kesapang dan Kampung Rampayan Laut dan mendapatkan bekalan dadah dari Kota Kinabalu.

Mohd Zaidi berkata, dalam operasi juga, pihaknya turut menahan empat lagi lelaki kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
“Semua suspek berusia 30 hingga 40 tahun direman untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK