SANDAKAN: Dua premis di sini dikenakan kompaun selepas dikesan merosak dan mengubah kedudukan meter air dalam dua lokasi berasingan.
Kes pertama membabitkan sebuah premis di Jalan Sulaiman, Batu 8 yang dikompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan merosakkan meter air, manakala kes kedua di Bandar Majulah, Batu Sapi yang dikenakan kompaun RM500 kerana mengubah kedudukan meter air.
Jurutera Air Bahagian Sandakan, Ishar Hamka Ismail, berkata kedua-dua premis itu dikenakan kompaun susulan pemeriksaan yang dibuat pihaknya kelmarin.
Menurutnya, pihaknya juga mengambil tindakan memotong penyambungan air haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai untuk membekalkan air ke koloni setinggan berdekatan Terminal Bas Luar Bandar Sandakan.
“Kita mengambil tindakan memotong sambungan air tanpa meter itu dengan bantuan kontraktor dan rampas beberapa gulung paip pelbagai saiz.
“Kita berharap pengguna mematuhi undang-undang ditetapkan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ishar turut meminta kerjasama orang ramai agar memaklumkan pihaknya jika mendapati berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air menerusi talian hotline Jabatan Air Sandakan iaitu 1 300 8888 55.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK