Oleh Nio James
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan terlibat dengan insiden kekerasan terhadap Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam tadi.
“Kami tidak tahu menahu berkenaan insiden tersebut sehinggalah ia diviralkan.
“Warisan tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng kerana itu bukan budaya kami di sini,” kata Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua, hari ini.
Beliau berkata, walaupun Papagomo menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelbagai pihak, namun ini tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah Papagomo.
“Warisan tidak berkompromi dengan budaya samseng,” katanya.
Terdahulu, Papagomo diserang sekumpulan lelaki di KKIA ketika sedang mendaftar di kaunter, kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik dalam laman sosial Facebook (FB) dan turut dikongsikan di aplikasi WhatsApp.
Rata-rata komen orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan ganas individu berkenaan kerana ia memberikan imej buruk pelancong terhadap negeri Sabah.
Difahamkan, antara turut menyerang Papagomo adalah Pemimpin Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Datu Akjan Datu Ali Muhammad
Insiden itu dipercayai daripada tindakan Papagomo mengoyak gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengadakan demonstrasi jalanan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK