Oleh Willie Jude – 30 Januari 2020
LAHAD DATU: Sebuah masjid di Kampung Sapagaya Ulu, Batu 6, Jalan Silam, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu membabitkan Masjid Madrasah Nur Imam jenis separuh kekal di kampung berkenaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mereka menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.40 pagi.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu kemudian bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira lapan kilometer daripada Balai.
“Operasi membabitkan tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Asmori Dahhiarsyah dengan menggerakkan sebuah jentera kecemasan iaitu sebuah buah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera
kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
“Kebakaran kemudian berjaya dikawal pada jam 12.29 tengah malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam
2:09 pagi,” katanya.

Tambah beliau, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK