RUMAH TERBAKAR DI LIAWAN

Oleh Willie Jude – 30 Januari 2020

KENINGAU: Sebuah rumah di Kampung Liawan, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.11 pagi.

“Sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota kemudian tiba di lokasi tidak lama selepas itu dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain pada jam 10.28 pagi.

“Kebakaran kemudian padam sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 11.26 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Turut berada di lokasi kejadian ialah pasukan penyiasat Zon dan Unit Komunikasi dari PGO JBPM Sabah.