Oleh Willie Jude
30 Januari 2020
KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan berhampiran bank CIMB Inanam, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Loh Kim San, 69, parah di kepala dan tangan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi.

“Dua jentera dengan kekuatan 9 anggota kemudian bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.
“Setibanya di tempat kejadian, seorang lelaki didapati cedera parah di kepala dan tangan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan.
“Pihak bomba kemudian memberi rawatan awal dan menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK