Oleh Wartawan BS
30 Januari 2020
KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Malaysia mengatakan kaum Suluk sebagai Orang Asal kelas pertama.
“Tidak pernah wujud peruntukan perlembagaan seumpama itu di negara ini kerana setahu saya Kesultanan Sulu sudah lama dimansuhkan pada tahun 1930an apabila Filipina dijadikan sebuah republik.
“Selepas dikenali sebagai republik, memang sudah tiada lagi istilah kesultanan dan situasi sama seperti berlaku di Melaka, Kesultanan Melaka juga dimansuhkan.
“Negara ini hanya ada sembilan sultan di beberapa Semenanjung dan empat Yang di-Pertua Negeri (TYT) membabitkan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
“Bagaimanapun, sekarang kita dalam proses mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Wilayah Persekutuan,” katanya padang sidang media selepas menghadiri sesi taklimat Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Mahkamah di Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
AI adalah teknologi baharu yang dapat membantu hakim mahupun majistret membuat analisa hukuman bersesuaian dijatuhkan ke atas tertuduh.
Aplikasi berkenaan membantu mengurangkan jurang hukuman serta memastikan kesamarataan dan konsistensi di dalam hukuman yang diberikan kepada pesalah.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Kenny Chua meminta pihak berkuasa menyiasat berkaitan kenyataan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang menyatakan kaum Suluk ialah Orang Asal kelas pertama dalam Perlembagaan Malaysia.
Kenny berkata kenyataan terbabit dilihat berbahaya kerana ia sama seperti menghasut kebencian kaum di Sabah.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ