Oleh John Tambanan
4 Februari 2020
MEMBAKUT: Larian Padi sekali dengar agak janggal, bagaimanapun idea kreatif Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Mohd Arifin Arif ini bakal direalisasikan pada 11 April akan datang sempena Membakut Cergas 2020.
Program anjuran pejabat Adun Membakut ini akan diadakan di kawasan sawah padi kampung Darat Pimping, Membakut dan terbuka untuk peminat dari seluruh negeri.
Seperti juga pertandingan larian lain bezanya Larian Padi ini ianya berlatar belakangkan pemandangan indah sawah padi.
Acara larian sempena Membakut cergas 2020 ini merupakan hari yang penuh keseronokan, persahabatan dan kesukanan.
Ia adalah hari kejayaan sukan untuk pelari, dari latar belakang yang pelbagai untuk melalui medan padi dengan rakan-rakan dan keluarga sehingga ke garisan penamat.
Menurut Arifin selain untuk aktiviti riadah larian ini juga bertujuan untuk mempromosikan sektor pelancongan, di mana daerah Membakut turut menyajikan beberapa tempat menarik seperti pantai, budaya masakan termasuk sawah padi yang telah diaktifkan semula di daerah ini.
“Dengan suasana yang indah dalam pemandangan sawah, para peserta kelak akan menikmati konsep alam semula jadi sambil menikmati kehijauan bumi dan menghargai sumber makanan utama kita di Malaysia,” katanya ketika ditemui, di sini.
Menurutnya lagi, larian itu adalah kali pertama dianjurkan di daerah ini di mana selain bertujuan untuk aktiviti riadah dan mempromosi pelancongan domestik, larian ini juga diharap dapat menjalin semangat muhibah dan perpaduan di kalangan peserta dan penduduk tempatan selari dengan slogan “Bersatu Bagai Rimbunan Padi”
Dalam pada itu, Arifin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kimanis berkata sempena bulan kecergasan Membakut 2020 pelbagai program lain turut diadakan.
Antaranya pertandingan Liga Bola Sepak Edisi 6, Pertandingan Sepak Takraw Membakut, Pertandingan Bola Tampar Wanita (Kimanis), pertandingan mendaki bukit(haiking) dan pertandingan Petunqe Borneo

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee