BEAUFORT: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di kawasan kebun getah Kampung Kulung-Kulung, Rimbaan, di Kuala Penyu, dekat sini, semalam.
Mayat lelaki berusia 44 tahun ditemui tergantung pada pokok getah oleh anaknya yang kemudian memaklumkan kejadian itu ibu mereka, jam 5.15 petang.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, mangsa dikatakan keluar rumah, pada 7 pagi untuk menghantar lima anaknya ke sekolah tetapi mangsa tidak datang menjemput anaknya yang keluar sekolah jam 11.30 pagi.
“Anak mangsa kemudian berjalan kaki ke tempat kerja bapanya di LIGS pekan Kuala Penyu tetapi mangsa tiada hingga jam 5 petang, anak mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah mereka oleh rakan sekolah mangsa.
“Sebaik tiba di rumah, lelaki bertanya kepada isteri mangsa di mana mangsa berada. Tetapi isteri menyatakan mangsa tiada di rumah sebelum mengarah tiga anaknya mencari di sekitar kebun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azmir berkata, tidak lama selepas itu, anaknya menemui mangsa yang tergantung di pokok getah dan menjerit ke arah ibunya.

“Anaknya kemudian memotong tali untuk menyelamatkan bapanya (mangsa) tetapi mangsa sudah tidak bernyawa sebelum isterinya memaklumkan rakan sekerjanya menghubungi polis.
“Siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK