PENAMPANG: Pemuda UPKO Penampang, malam tadi, membuat laporan polis berhubung satu group Whatsapp yang dipercayai menawarkan perkhidmatan pendaftaran kad pengenalan.
Laporan polis berkenaan dibuat Pemuda UPKO di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan diketuai Ronny Dingon kira-kira jam 8 malam tadi.
“Pemuda UPKO Penampang mengesa polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang undang terhadap group dan admin Whatsapp ini mengikut lunas undang udang yang sedia ada,” kata Ronny.
Menurut laporan polis berkenaan, pengadu telah terlihat satu post iklan yang menjemput orang ramai untuk menyertai sebuah group Whatsapp di mana dalam iklan berkenaan bertulis ‘MAKLUMAN KEPADA SEMUA..SEKIRANYA ANDA MENERIMA WHATSUPP..SILA ABAI KSN..Daftar masa 2 minggu ic siap, Makluman lanjut sila join grup’.
Pengadu juga dikatakan telah memberikan butir-butir lanjut kepada group Whatsapp berkenaan dan seterusnya admin group terbabit telah meminta pengadu untuk memasukkan wang RM1,000 ke akaun milik sebuah syarikat.
Selain itu, admin group terbabit juga cuba meyakinkan pengadu bahawa cip pada kad pengenalan yang ditawarkan boleh digunakan seperti kad pengenalan lain.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius