PENAMPANG: Satu lagi laporan polis dibuat berhubung satu group Whatsapp yang dipercayai menawarkan perkhidmatan pendaftaran kad pengenalan.
Kali ini, Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang diketuai Datin Juliana Jani turut bertindak demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, pagi tadi.
Juliana bersama beberapa beberapa exco pergerakan itu membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Dalam laporan berkenaan, Juliana menyatakan telah dimaklumkan mengenai satu group Whatsapp yang menawarkan kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin (PTI).
Group berkenaan juga menjemput orang ramai untuk menyertai kumpulan terbabit dan mereka turut menawarkan kad pengenalan yang dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu selepas pendftaran.
“Tujuan laporan dibuat adalah untuk meminta polis menyiasat siapa yang membuat group berkenaan dan apakah tujuan mereka selain menyiasat adakah benar mereka membuat ‘IC’ yang dimaksudkan,” kata Juliana.

Terdahulu semalam, Pemuda UPKO Penampang turut membuat laporan polis berhubung perkara itu.
“Pemuda UPKO Penampang mengesa polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang undang terhadap group dan admin Whatsapp ini mengikut lunas undang udang yang sedia ada,” kata Ronny yang mengetuai pergerakan itu membuat laporan di IPD Penampang, malam tadi.
Menurut laporan polis berkenaan, pengadu telah terlihat satu post iklan yang menjemput orang ramai untuk menyertai sebuah group Whatsapp di mana dalam iklan berkenaan bertulis ‘MAKLUMAN KEPADA SEMUA..SEKIRANYA ANDA MENERIMA WHATSUPP..SILA ABAI KSN..Daftar masa 2 minggu ic siap, Makluman lanjut sila join grup’.
Pengadu juga dikatakan telah memberikan butir-butir lanjut kepada group Whatsapp berkenaan dan seterusnya admin group terbabit telah meminta pengadu untuk memasukkan wang RM1,000 ke akaun milik sebuah syarikat.
Selain itu, admin group terbabit juga cuba meyakinkan pengadu bahawa cip pada kad pengenalan yang ditawarkan boleh digunakan seperti kad pengenalan lain.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius