KOTA KINABALU: Pertambahan kes baharu Covid-19 di Sabah, hari ini, menunjukkan penurunan iaitu sebanyak sembilan kes berbanding 21 kes, semalam.
Bagaimanapun, Sebah kekal negeri ketiga tertinggi dengan jumlah 112 kes selepas Selangor dengan 223 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 123 kes.
Statistik terbaru itu dinyatakan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon dalam Facebook beliau, hari ini.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes kematian akibat Covid-19 di negara ini kekal dua kes iaitu melibatkan dua lelaki masing-masing berusia 34 tahun di Johor dan pastor berusia 60 tahun di Sarawak.
Untuk hari ini, terdapat sebanyak 110 kes baharu positif Covid-19 termasuk 63 daripada kluster perhimpunan tabligh dan menjadikan jumlah keseluruhan 900 kes termasuk 75 kes yang telah sembuh.
Sehingga kini, 821 orang masih dirawat di hospital seluruh negara termasuk 20 orang di Unit Rawatan Rapi (ICU)./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ