KOTA KINABALU: Mesej tular yang mendakwa dua pesakit Covid-19 melarikan diri daripada Hospital Queen Elizabeth (QEH) adalah tidak benar.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi menafikan dakwaan berkenaan dalam satu kenyataan, malam ini.
Christina berkata, dua pesakit terbabit adalah pesakit di bawah siasatan (PUI) yang telah dimasukkan ke QEH pada 15 Mac kerana mempunyai sejarah terdedah kepada pesakit Covid-19.
Mereka kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masin, semalam (18 Mac) selepas keputusan ujian Covid-19 adalah negatif.
“Dua pesakit ini juga telah diarahkan untuk di kuarantin dalam rumah di bawah pengawasan Pejabat Kesihatan,” katanya.
Christina berkata, mengenai mesej tular berkenaan amaran Zon Merah membabitkan beberapa daerah dan pasar ikan, maklumat itu juga tidak benar.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam dinasihatkan untuk tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian Covid-19 termasuk tempat-tempat yang dikatakan dicemari oleh Covid-19.
Mengulas perkembangan kes Covid-19 di Sabah, beliau berkata, sebanyak 112 kes dilaporkan setakat hari ini dan tiada kematian direkodkan di Sabah akibat wabak penyakit tersebut.
Tambahnya, orang awam juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman sesawang KKM; moh.gov.my.
Bagi Negeri Sabah, orang awam boleh mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan kesihatan melalui Bilik Gerakan Covid-19 dan fasiliti-fasiliti Kesihatan Negeri Sabah./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad