KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, mengumumkan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April.
“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.
“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan perintah kawalan pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April,” katanya dalam perutusan khas beliau yang disiarkan secara langsung di kaca TV, sebentar tadi.
Muhyiddin berkata, beliau memaklumkan pelanjutan tempoh itu lebih awal supaya orang ramai dapat bersedia.
“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
“Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi,” kata dalam pengumuman khas yang diseling-seli dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ