KOTA KINABALU: Seramai 13 individu ditahan di Sabah, setakat ini, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penahanan itu dibuat sepanjang tempoh dari 18 Mac hingga semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, daripada jumlah itu, seramai lapan individu ditahan ketika memancing di Kudat, semalam.
“Jumlah selebihnya ditahan di Kota Kinabalu seramai tiga orang manakala Kunak dan Kinabatangan masing-masing satu tangkapan.
“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 33 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan Op Covid-19 di perairan Pulau Gaya, di sini, pagi tadi.
Zaini berkata, daripada jumlah itu juga, dua individu yang ditahan di Kota Kinabalu sudah dituduh di mahkamah.
“Tangkapan 13 orang ini nampak kecil tetapi pada saya tangkapan ini kita mesti lakukan untuk memberi kesedaran kepada yang lain supaya jangan memandang mudah arahan PKP ini.
“Sekarang, kita lebih ke hadapan apabila nasihat polis beri masih diingkar, tindakan untuk menangkap mereka akan dilakukan,” katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 46,743 kenderaan sudah diperiksa di Sabah.
“Daripada jumlah itu, 1,164 kenderaan yang kita suruh patak balik kereta mereka ini tidak ada keperluan untuk mereka bergerak.
“Saya mohon orang ramai beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk pastik Sabah berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Ops Covid-19 di Pulau Gaya pagi tadi, Zaini berkata tahap kesedaran sangat baik kerana suasana di kawasan pulau itu lengang.
“Saya membuat tinjauan ke Pulau Gaya berhubung persediaan yang akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama tiga hari bermula Sabtu ini bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk di Kampung Lok Urai yang mana penduduknya seramai 4,orang yang akan dibantu oleh pihak polis.
“Alhamdulillah, tahan kesedaran sangat cantik. Namun ketika saya menghampiri ke perkampungan tadi, ada pergerakan kerana di atas air, jadi kalau nak bergerak itu perlu menaiki bot. Polis dah nasihatkan mereka terus kekal berada di rumah.
“Dua punca mereka keluar tadi yang saya lihat dan temui mereka pergi menangkap ikan. Jadi kita nasihatkan pergi baliklah… terus kekal di rumah,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK