KOTA KINABALU: Satu lagi kematian direkodkan di negara ini, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian seramai 27 orang, setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hoor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang meninggal dunia terbabit berusia 61 tahun dan memiliki latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi.
“Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020.
“Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Sementara itu, Noor Hisham, berkata sebanyak 159 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.
“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes,” katanya.
Tambah beliau,sehingga kini, seramai 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 54 kes memerlukan bantuan pernafasan./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ