LOT KEDAI TIDAK BEROPERASI TERBAKAR

SANDAKAN: Sebuah lot kedai yang tidak beroperasi di tingkat tiga Wisma Sandakan di sini terbakar, malam tadi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada jam 9.34 malam sebelum menghantar dua jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, bangunan kedai jenis kekal itu terbakar kira-kira 80 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran. Kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 10.30 malam.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini./BERITA SABAH