KOTA KINABALU: Harga siling bagi penutup mulut dan hidung tiga lapis kini dijual pada harga tidak melebihi RM1.50 sekeping.
Harga berkenaan juga 50 sen lebih murah berbanding RM2 yang ditetapkan sebelum ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Ismail Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), seperti diarahkan kerajaan sebelum ini.
“Pagi tadi kita (Majlis Keselamatan Negara) membincangkan perkara ini dan kita dapati bahawa topeng muka tidak banyak dikeluarkan dari dalam negara dan kebanyakkannya diimport dari luar negara.
“Jadi, kita juga terikat dengan harga yang diimport tadi. Oleh itu mesyuarat bersetuju harga topeng muka adalah RM1.50. Iaitu 0.50 sen lebih murah daripada harga yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu RM2,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ