SABUNG AYAM, MAIN TAKRAW KETIKA PKP

KOTA KINABALU: Sabung ayam dan bermain sepak takraw ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara tangkapan individu yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, tangkapan sabung ayam membabitkan seorang lelaki warga emas di daerah Ranau, baru-baru ini.

“Bagi kes bermain sepak takraw pula, seramai sembilan individu ditahan di sebuah lokasi berhampiran Telupid, Beluran, semalam.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 40 individu seluruh Sabah sehingga semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat khas Jawatan Kuasa Keselamatan Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Menurutnya, individu-individu lain yang ditahan iaitu sikap degil walaupun sudah diarahkan oleh pihak berkuasa untuk berpatah balik.

“Ini berlaku di Beaufort, individu terbabit naik dua kereta, kita tangkap, tanpa apa-apa tujuan kita suruh patah balik, tidak balik, kita tangkap.

“Saya pun terkejut Beaufort pekan kecil tapi apa yang susah sangat untuk duduk di rumah, ini sebab perangai,” kataya.

Sementara itu, Zaini berkata, pihaknya menolak kemungkinan langkah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Sabah dalam tempoh terdekat ini.

“Stakat ini keadaan semasa adalah terkawal dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai sebarang khabar angin berhubung perkara itu.

“Secara keseluruhan tahap pematuhan rakyat di negeri ini kepada mencapai tahap 95 peratus iaitu pencapaian yang sangat baik,” katanya./BERITA SABAH