PENAMPANG: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang mencipta 900 alat pelindung muka untuk diberikan secara percuma kepada barisan hadapan yang bertugas menangani wabak Covid-19.
Usaha yang dilakukan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Indang Kasi Sibin bersama beberapa orang guru dan Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Penampang itu ada atas keprihatinan mereka serta ingin membantu barisan hadapan yang kini ‘bertaruh nyawa’ menjalankan tugas mereka.
Pelindung muka berkenaan diberikan kepada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Penampang dan juga Kakitangan Klinik Kesihatan Luyang untuk digunakan sepanjang mereka bertugas.
Pihak PPD Penampang juga sedia untuk menambah alat pelindung muka itu sekiranya tidak mencukupi, ini kerana alat berkenaan tidak boleh digunakan semula dan perlu diganti yang baharu setiap kali mereka bertugas bagi mengelakkan jangkitan virus.
Terdahulu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, Michael Ting Pick Kieng bersama wakil PPD Penampang, Christianus Engelbert menyerahkan sebahagian alat Pelindung muka kepada Klinik Kesihatan Luyang yang diterima oleh Sister Suhaila Paterik dan wakil Pejabat Kesihatan Daerah Penampang, Dina Peter Marius Selaku Penolong Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang.

Menurut Michael sebahagian lagi alat pelindung muka itu akan dihantar pada Isnin depan oleh Indang sendiri bersama dengan Timbalan PPD Penampang, Robert John./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ