KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan pertambahan 10 kes positif Covid-19 baharu, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 225 kes.
Pertambahan itu membabitkan tiga daerah iaitu masing-masing empat kes di Tawau dan Tuaran manakala dua kes lagi direkodkan di Lahad Datu.
Perkembangan terbaharu itu disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.
Sehingga kini juga, Tawau masih kekal sebagai kawasan paling banyak merekodkan kes Covid-19 dengan jumlah sebanyak 67 kes termasuk empat hari ini.
Lahad Datu pula kekal daerah kedua tertinggi dengan jumlah 38 kes termasuk dua hari ini, disusuli Kota Kinabalu yang mencatat jumlah 29 kes.
Sandakan yang kekal dengan 19 kes juga kekal sebagai daerah keempat tertinggi merekodkan positif Covid-19 manakala Tuaran kini menjadi daerah kelima tertinggi dengan jumlah 16 kes termasuk empat yang terbaru, hari ini.
Satu lagi daerah mencatatkan lebih daripada 10 kes ialah Kinabatangan yang kini merekodkan jumlah 14 kes Covid-19.
Jumlah keseluruhan lain-lain daerah setakat ini ialah Beaufort sebanyak lapan kes, Kunak dan Putatan masing-masing tujuh kes, Kota Belud (5), Sipitang (4), Penampang (4), Papar (2), dan Ranau (2), Semporna (2) dan Tambunan (1).

Sementara itu, seramai 10 pesakit jangkitan Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini.
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh di negeri ini ialah seramai 33 orang, setakat ini.
Kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini juga kekal satu kes iaitu di Tawau.
Sementara itu, Sabah kekal negeri kelima tertinggi mencatat kes Covid-19 selepas Selangor yang kini merekodkan 890 kes, Kuala Lumpur (595) dan Johor (422) dan Sarawak (246)./BERITA SABAH


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ