KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini, disambung dua minggu lagi sehingga 28 April.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas beliau di ibu negara yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak Covid-19.
“Berdasarkan nasihat KKM dan pakar-pakar perubatan, kerajaan putuskan untuk lanjutkan (PKP) selama dua minggu lagi iaitu 15 April sehingga 28 April,” katanya.
Muhyiddin berkata, pelanjutan tempoh PKP itu juga adalah untuk memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi Covid-19 selain mengelakkan penularan semula wabak berkenaan.
Katanya, keputusan itu selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya ia tidak ditamatkan terlalu awal.
“Beberapa negara lain meningkat semula apabila PKP tamat,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad