KOTA KINABALU: Malaysia mencatatkan tiga lagi kematian akibat Covid-19, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian setakat ini sebanyak 76.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya di ibu negara, hari ini, turut memaklumkan sebanyak 153 lagi kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 setakat ini sebanyak 4,683 kes.
Jumlah kes sembuh pada hari ini juga seramai 113, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah pulih dan dibenarkan pulang seramai 2,108 atau 45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Tambah beliau, jumlah pesakit yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 66 orang./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad