COVID-19 : ENAM KES BAHARU DI SABAH HARI INI

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat enam lagi pertambahan kes Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 266 kes.

Menurut statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Phoon, sebentar tadi, enam kes baharu itu membabitkan empat daerah.

Keningau dan Kota Kinabalu meningkat sebanyak dua kes manakala Tawau dan Tuaran masing-masing meningkat satu kes.

Pertambahan di Kota Kinabalu itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes di daerah itu kini menjadi sebanyak 37 kes manakala Keningau kini menjadi tujuh kes.

Sementara itu, pertambahan satu kes di Tawau dan Tuaran itu menjadikan dua daerah itu masing-masing kini sebanyak 71 kes 19 kes.

Sementara itu, jumlah kes sembuh juga meningkat seramai lima pesakit menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dan discaj kini seramai 108 orang.

Sementara itu, tiada kematian akibat wabak terbabit di Sabah, hari ini, dengan jumlah kes kematian kekal tiga iaitu masing-masing di Tawau, Tambunan dan Kota Kinabalu.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan jumlah 1,236 kes, Kuala Lumpur (803), Johor (558), Sarawak (342) dan Negeri Sembilan (318)./BERITA SABAH