KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 84 kes positif Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 5,389 kes.
Ia juga kali keempat, dalam minggu ini, negara mencatat kes harian kurang daripada 100.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya, hari ini, berkata perkembangan terbaru itu adalah setakat tengah hari tadi.
Noor Hisham berkata, seramai 95 lagi pesakit jangkitan wabak itu pulih hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih setakat ini seramai 3,197 orang atau 59.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sekiranya mengambil kira peratusan berkenaan, kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 2,103 kes.
Daripada jumlah berkenaan, 146 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 26 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam perkembangan sama, satu lagi kematian baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu ialah 89./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad