KENINGAU: Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan tersepit di bawah sebuah kenderaan di hadapan rumahnya, di Batu 4, Kampung Biah, dekat sini, semalam.
Mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu ditemui oleh suaminya kira-kira jam 7.10 malam sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui di bawah kereta jenis Hyundai di hadapan rumahnya sendiri.
“Pihak Hospital Keningau mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bertindak mengeluarkan mangsa daripada bawah kereta berkenaan.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau untuk tindakan lanjut. Pasukan Forensik juga dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pihaknya akan menyiasat kejadian itu daripada pelbagai aspek termasuk dari aspek jenayah.
“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang keterangan berkaitan dalam unsur-unsur jenayah.
“Siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK