KOTA KINABALU: Tiga lagi kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Malaysia, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu kini sebanyak 92.
Bagaimanapun, negara ini terus mencatatkan kes baharu harian di bawah paras 100 iaitu sebanyak 57 kes positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 5,482.
Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya di ibu negara, hari ini.
Noor Hisham turut memaklumkan seramai 54 lagi pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 3,349 atau 61.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negara ini.
Ini bermakna kes aktif Covid-19 di Malaysia kini ialah sebanyak 2,041./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ