COVID-19 : DUA KEMATIAN DI MALAYSIA HARI INI

KOTA KINABALU: Malaysia mencatat dua lagi kes kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban di negara kita, setakat in, seramai 98 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang medianya di Putrajaya, hari ini, berkata, sebanyak 99 lagi kes pulih dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sepenuhnya ialah 3,762 atau 65.5 peratus.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 51 lagi Covid-19 baharu turut dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah dicatatkan ialah 5,742.

Jika mengambil kira pesakit yang sudah pulih, jumlah kes aktif di Malaysia ialah 1,882, mereka sudah diasingkan dan kini menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, kata Noor Hisham, 36 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan./BERITA SABAH