KOTA KINABALU: Tiada kes Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah kumulatif di negeri ini kekal sebanyak 311 kes.
Bagaimanapun, jumlah kes aktif dan masih menerima rawatan meningkat dua kes iaitu 100 berbanding 98, semalam.
Ia berikutan pertambahan lima kes pada jumlah kes dirawat semula menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dirawat semula pada hari ini ialah sebanyak tujuh kes.
Sementara itu, jumlah kumulatif kes sembuh juga menurun sebanyakdua kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh dan discaj di Sabah seramai 207 orang.
Statistik terbaharu itu dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung menerusi laman Facebook beliau, hari ini.
Sementara itu, tiada kes kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Sabah kekal sebanyak empat kes iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.
Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan jumlah kes Covid-19 selepas Selangor yang kini mencatat 1,388 kes, Kuala Lumpur (1,154), Johor (655), Sarawak (478), dan Negeri Sembilan (433)./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ