COVID-19 : MALAYSIA CATAT 88 KES SEMBUH, 68 KES BAHARU

KOTA KINABALU: Seramai 88 lagi pesakit Covid-19 di Malaysia telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kini sebanyak 4,864, iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang medianya di Putrajaya, hari ini, turut memaklumkan tiada kematian dicatatkkan hari ini dengan jumlah korban akibat wabak itu kekal 107 kes.

Ini bermakna hari ini merupakan hari ketiga tiada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Sementara itu, sebanyak 68 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini berjumlah 6,535 kes, dengan 1,564 daripadanya merupakan kes aktif.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 64 kes adalah daripada penularan tempatan, dan 57 kes melibatkan warga asing.

“Sebanyak tiga kes dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD),” katanya.

Tambah beliau sejumlah 18 pesakit Covid-19 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang satu kes daripada semalam dan daripada jumlah itu, seramai tuju pesakit memerlukan bantuan pernafasan, juga kurang satu kes berbanding semalam./http://beritasabah.com