BELURAN: Polis di sini merekodkan sebanyak 95 kes tangkapan jenayah narkotik sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 541 kes tangkapan bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Daripada jumlah itu juga, sebanyak 82.92 peratus jumlah kes berjaya didakwa ke mahkamah.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kassim Muda, berkata penurunan ketara dalam kes jenayah indeks, narkotik selain kes trafik adalah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Katanya, kawalan ketat daripada pihak berkuasa menerusi rondaan dan penubuhan Sekatan Jalan Raya di laluan utama serta kawasan tumpuan sekali gus menyekat pergerakan orang awam.
“Sepanjang tempoh PKP juga, sebanyak 13 kes direkodkan membabitkan 30 orang yang ditangkap kerana melanggar kesalahan di bawah perintah itu.
“Daripada jumlah itu, 10 kes berjaya dituduh ke mahkamah,” katanya.
Menurut Kassim, jenayah indeks bagi daerah itu menurun sebanyak dua kes iaitu 24 kes dalam tempoh Januari hingga Mei, berbandijng 27 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Katanya, daripada jumlah itu juga, sebanyak 22 kes berjaya diselesaikan.
“Untuk kes kemalangan pula, 70 kes dicatatkan membabitkan tiga kematian, dua kes kemalangan maut dan dua kes kemalangan cedera parah.
“Sepanjang tempoh itu juga, keseluruhan jumlah saman dikeluarkan adalah sebanyak 2,300 keping saman,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK