KOTA KINABALU: Sebanyak 1,050 buah masjid di Sabah, hari ini, dibenarkan mengadakan solat Jumaat mengikut prosedur operasi standard (SOP) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islamnya Datuk Saifulzaman Sangul.
“Kita berdoa semoga kita dilepaskan daripada ujian (Covid-19) besar ini,” katanya kepada ketika ditemui di Masjid Negeri, di sini, hari ini.
Sementara itu, Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting berkata, sepanjang tempoh PKPB berlangsung, hanya azan solat lima waktu dilaungkan di masjid berkenaan dan bersyukur dapat mengimarahkan masjid, meskipun tidak melibatkan ramai jemaah.
“Hari ini hanya 12 jemaah yang menyertai solat Jumaat, dengan susunan sejadah yang berjarak,” katanya yang menyampaikan khutbah bertajuk ‘Kesinambungan Ramadan dalam kehidupan’.
Selasa lepas, Majlis Fatwa Negeri Sabah membenarkan aktiviti solat berjemaah termasuk solat Jumaat dan tarawih di masjid yang terpilih, selepas dihentikan sementara sejak 18 Mac lalu berikutan arahan PKP kerajaan.-http://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ