Lelaki rentung dalam kereta kemalangan di Majlis Sukan Negara

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya disyaki terlibat kemalangan sebelum terbakar berhampiran Majlis Sukan Negara di Jalan Barat menghala ke Taman Teknologi Park, di sini, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan, pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan 2.26 pagi berhubung kebakaran kereta jenis Honda City sebelum tujuh anggota menaiki sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran dan api padam sepenuhnya pada 2.42 pagi dan bomba percaya kereta berkenaan dipercayai terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar.
…..



[ad_2]