SANDAKAN: Seorang wanita terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat yang dipercayai baharu dilahirkan dan ditinggalkan di pintu pagar Pusat Jagaan Anak Yatim Al Yakin, di Batu 1 1/2, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, wanita terbabit dikatakan sedang menjemur kain di halaman rumah sebelum terdengar suara bayi menangis.
Ketika ditemui, bayi terbabit dipercayai hanya dibalut kain dan diletakkan di dalam kotak.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata wanita terbabit menghubungi polis sebelum bayi berkenaan dibawa ke Hospital Duchess of Kent.
Katanya, bayi seberat 2.65 kilogram itu kini dirawat dan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan terhadap bayi.
“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pihak polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya di sini, hari ini. –http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK