PENDARAH, UPKO ANJUR PROGRAM DERMA DARAH DI KAMPUNG DARAU LAUT

KOTA KINABALU: Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) dengan kerjasama Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Sepanggar akan mengadakan program derma darah di Balai Raya Kampung Darau Laut, di sini, esok.

Presiden Pendarah, Alix Sunggin berkata, program berkenaan adalah peluang bagi masyarakat terutama di kawasan Manggatal untuk menjalankan tanggungjawab sosial dengan hadir untuk menderma darah.

Katanya, bekalan darah diperlukan kerana ketika ini ia amat kritikal disebabkan pandemik covid-19 yang menyerang seluruh negara termasuk di negeri iniz

“Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab sosial bagi membantu pihak hospital mendapatkan bekalan darah, ketika ini bekalan darah bertambah kritikal lebih-lebih lagi selepas pandemik covid-19 ”.

“Kami juga telah menyediakan saguhati berupa beras satu pek beras 5kg dan Satu try telur kepada 30 orang penderma terawal,”kata Alix ketika dihubungi, hari ini.

Alix berkata, pihak Pendarah amat berterima kasih kepada pelbagai pihak yang tampil membantu termasuk UPKO Sepanggar yang menderma 30 kampit beras untuk disumbangkan kepada penderma terawal.

“Pendarah amat gembira kerana banyak pihak termasuk UPKO selalu menjemput kami untuk bekerjasama mengadakan kempen derma darah,” katanya.-http://beritasabah.com